Wednesday, April 16, 2008

BERITA BULAN MAC & APRIL

Pihak kami memohon maaf atas kelewatan mengupdate berita terkini. Memandangkan beberapa urusan dan kesibukan, baru sekarang blog ini dapat dikemaskini.

BERITA 1 : Ceramah Kesedaran Disiplin & Pameran Anti Dadah

13 April 2008 - Badan disiplin dengan kerjasama beberapa unit lain telah berusaha mengadakan pameran dan ceramah Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Ustaz Rosdi bin Mohd Taib, selaku ketua badan disiplin mengambil langkah proaktif dengan mengadakan bulan disiplin bermula 24 Mac sehingga 24 April 2008. Untuk itu berbagai aktiviti disusun termasuklah pameran dan ceramah anti dadah. Sila klik di sini untuk gambar dan berita lanjut.

BERITA 2 : MUKHAYYAM QURANIE 2008

Catatan ini ditulis oleh MAHIR BIN HASSAN, Setiausaha Badan Pengawas MTS

April 2008 adalah tahun ke- 2 penubuhan Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Berangan Tumpat. Pada tahun ini, program dijalankan seperti tahun lalu dengan mengadakan Mukhayyam Quranie. Jumlah peserta tahun ini lebih ramai berbanding dengan tahun lepas kerana pada tahun ini MTSBA mempunyai 2 generasi pelajar iaitu tingkatan 1 seramai 120 orang dan 146 lagi pelajar tingkatan 2. Program berlansung selama 3 hari 2 malam bermula pada hari jumaat, 28.3.2008 dan akan berakhir pada hari Ahad, 30.3.2008.

Untuk berita lanjut dan gambar, sila klik di sini.


BERITA 3 : Majlis Perpisahan 2 Orang Guru

Untuk melihat berita dan gambar, sila klik di sini.

BERITA 4 : Majlis Maulidur Rasul 1429H.

Untuk melihat berita dan gambar, sila klik di sini.