Saturday, August 8, 2009

Makanan Sunnah "Talbinah"


Sabda Nabi s.a.w :
"Talbinah melegakan sanubari orang yang sakit dan melegakan sebahagian daripada kesedihan"

Khasiat Talbinah

Talbinah dapat digunakan untuk mengatasi penyakit berikut :
Jantung dan pelbagai penyakitnya, pelbagai jenis demam, penyakit-penyakit dada, tekanan darah tinggi, kelemahan secara umum, kanser, infeksi dan kelemahan usus, luka-luka bernanah, depresi (tekanan) dan kes-kes kejiwaan, penyakit lambung, kelemahan hati, kelemahan seksual, tifoid (tifus), gangguan tidur, penyakit-penyakit dan pelbagai jenis radang saluran kencing dan parkinson.

Kandungan Talbinah


- Mengandungi zat betaglucan : berfungsi menurunkan kadar kolestrol dalam darah.

- Mengandungi Vitamin E : melemahkan enzim-enzim yang mensintesis kolesterol.

- Mengandungi Potasium : berfungsi mengendalikan tekanan darah.

- Mengandungi Potasium, Magnesium, anti oksidan dan vitamin B. Kekurangan zat-zat ini dalam tubuh menyebabkan kekurangan mineral. Para ilmuan moden mengatakan bahawa penyakit-penyakit kejiwaan, depresi, dan sebagainya merupakan akibat kekurangan mineral tertentu.

- Mengandungi Melatonin : berfungsi menurunkan kolesterol, tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan kekebalan tubuh, mengubati gangguan tidur, kanser dan depresi (tekanan)

- Mengandungi Lysine : berfungsi membangun kesihatan tubuh.

- Mengandungi hormon Prostaglofuin, iaitu hormon yang menyebabkan tidur, dengan demikian Talbinan mencegah terjadinya insomnia.

Untuk mendapatkan produk rawatan sunnah ini, boleh lah berkunjung ke
Koperasi Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat

atau menghubungi terus
Cg. Hilmi (012-7677187)
Us. Ubaidillah (019-9304100)

Wednesday, July 1, 2009

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009

Assalamualaikum wrt wbt

Buat ibubapa yang dirahmati oleh Allah sekalian, pertamanya pihak sekolah memohon maaf di atas kelewatan ini. Ini kerana beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Maaf di atas kekurangan kami.

Untuk mendapatkan maklumat peperiksaan akhir tahun, tuan-puan boleh klik di sini-> EXAM 2009.

Nama pelajar di dalam keputusan ini disusun mengikut abjad. Ia bukan di susun mengikut ranking markah. Jadi, pihak tuan puan perlu mengagak di mana nama anak tuan-puan.

Monday, May 11, 2009

DANA MASJID DIPERLUKAN

Assalamualaikum wrt wbt

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Berangan mengalu-alukan ibubapa dan para dermawan untuk menyampaikan sumbangan derma bagi membina sebuah masjid yang akan dibina tanah lot 1293 yang dibeli oleh pihak PIBG Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin. Masjid yang berasaskan senibina Masjid Kampung Laut itu menelan belanja sekitar hampir RM 1 juta.

Untuk maklumat lanjut kertas kerja dan plan. Sila klik di sini. Untuk melihat plan binaan masjid SAHAJA. Sila klik di > sini <

Monday, April 13, 2009

SENARAI NAMA AL-HAFIZ MTST 2009

Untuk mengetahui nama pelajar yang telah menamatkan hafazan 30 juzuk di MTS Tumpat. Anda boleh klik di sini.

LAWATAN KE LOJI AIR

(Sila klik imej untuk paparan lebih jelas : Tarikh 13/4/2009)

Pada 13hb April 2009, Pihak MTS telah menghantar ahli persatuan kelab Sains dan Matematik seramai 46 orang. Diiringi oleh dua orang guru iaitu Teacher Meriam bte Ismail dan Ustaz Shafawi bin Salleh. Lawatan ini adalah demi memenuhi jemputan pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk mempamerkan loji rawatan air di Bukit Merbau, Machang.

Klik sini untuk gambar dan info.

Sunday, April 12, 2009

REKOD PENCAPAIAN KO-KURIKULUM PELAJAR MTST 2009

Di sini pihak blog meletakkan beberapa keputusan pencapaian Ko-Kurikulum anak-anak MTS sepanjang bulan Mac dan April 2009. Sila klik tajuk berkaitan untuk melihat maklumat berkenaan.

1) ACARA DEWAN DAN PADANG.

2) PERTANDINGAN NASYID.

3) PERTANDINGAN KHAT.

Pihak blog memohon maaf kerana tidak dapat menyertakan gambar untuk setiap laporan.

Terima kasih.

Wednesday, April 8, 2009

PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN DI MTST DARI 2007 - 2009

Sila klik sini untuk melihat gambar-gambar pembangunan MTST dari 2007 - 2009



REKOD PRESTASI HAFAZAN FEBUARI 2009

Assalamualaikum

Tuan puan, ini adalah rekod hafazan bulan febuari 2009. Sila klik untuk paparan nama dan imej yang lebih jelas di sini.

Terima kasih.