Saturday, January 17, 2009

DEMONSTRASI UNTUK PALESTIN DI MTS


Untuk melihat gambar-gambar dan petikan, untuk imej dan gambar yang lebih menarik sila klik di sini.

Wednesday, January 14, 2009

Januari 2009

UNTUK MEMBACA ISI DAN MELIHAT GAMBAR, SILA TEKAN (Baca Lagi)

MAJMUK HIMPUN PELAJAR BARU 2009

4 Januari 2009
- Maahad Tahfiz Sains telah membuka lembaran baru untuk 32 orang pelajar tingkatan satu. Jumlah kemasukan pelajar tahun ini tidak seperti tahun sebelumnya. Tahun lepas, pelajar yang diterima masuk seramai 120 orang iaitu menyamai empat kelas. Tetapi tahun ini hanya seramai 32 orang sahaja diambil iaitu menyamai satu kelas. Ini disebabkan keterbatasan infrastruktur dan juga kawasan yang sememangnya terhad. Keadaan sebegini lebih memudahkan untuk pihak sekolah untuk menyelaraskan penempatan dan guru.

(Baca lagi)

HIJRAH

Oleh Syafi’ul Syafi bin Othaman

6 Januari 2009 - Satu ceramah sempena Maal Hijrah telah diadakan di musolla MTS. Ceramah itu telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Badrul bin Ariffin. Di dalam ceramah tersebut beliau telah menekankan beberapa perkara. Antaranya lidah kita perlulah dibasahkan dengan zikir dan tasbih. Tujuan kita berzikir adalah satu tanda kita berterima kasih kepada Allah SWT.

(Baca lagi)

PELAJAR MTS BERSIAGA

5 Januari - Setelah bercuti panjang di penghujung 2008, kini pelajar MTS telah kembali semula ke kampus Bustanul Arifin. Bagi pelajar senior, masing-masing membawa semangat dan azam baru demi mencapai target hafazah bagi sesi 2009.

(Baca lagi)

AMIN Aktif dan Konsisten

Nik Muhammad Al-Amin bin Nik Azman memulakan hafazan al-Quran sebagaimana pelajar yang lain. Ketika berada di tingkatan satu, beliau bukanlah seorang pelajar yang menonjol. Namun, sikap kesungguh dan konsisten yang diamalkan itu telah membuahkan hasil yang baik. Kini, setelah dua tahun lebih berada di MTS, beliau telah menjadi pelajar tertinggi hafazan keseluruhan. (Baca lagi)


AMRU Kekalkan Takhta

8 Januari - Amru Khalid bin Sazali merupakan anak ketiga daripada enam beradik masih mengekalkan rekod pelajar terbaik peperiksaan akhir tahun MTS bagi sesi 2008. Pada tahun sebelumnya beliau adalah pelajar terbaik keseluruhan peperiksaan akhir tahun 2007. Ini adalah suatu pencapaian yang mantap. Sekalipun persaingan agak sengit namun Amru masih berjaya mengekalkan takhta pelajar terbaik keseluruhan untuk dua tahun berturut-turut.

(Baca lagi)